Malaysia Oversight

Kerajaan UK Mahu Mengharamkan Pembayaran Wang Untuk Institusi Yang Diserang Perisian Tebusan

By Amanz in July 24, 2025 – Reading time 2 minute
Kerajaan UK Mahu Mengharamkan Pembayaran Wang Untuk Institusi Yang Diserang Perisian Tebusan


Sekuriti

UK Mahu Mengharamkan Pembayaran Wang Untuk Institusi Yang Diserang Perisian Tebusan

July 24, 2025

Nazrin

Pada minggu lepas, sebuah syarikat pengangkutan barangan, Knights of Old (KNP) dari United Kingdom, yang telah beroperasi selama 156 tahun telah terpaksa ditutup kerana serangan siber yang melibatkan kerentanan dari segi penggunaan kata laluan yang lemah oleh salah seorang pekerja syarikat tersebut yang membolehkan sistem dalaman syarikat tersebut dikunci melalui serangan perisian hasad.

Syarikat tersebut memiliki insurans untuk insiden sebegini, tetapi ia telah ditemui bahawa semua data dan sistem dalaman syarikat tersebut telah dikunci, manakala semua data dan sistem sandaran pula telah dipadamkan. Untuk membolehkan syarikat tersebut beroperasi semula, mereka telah diminta untuk membayar £5 juta (~RM28.5 juta) untuk mendapatkan kembali operasi tersebut.

Sayangnya, syarikat tersebut tidak mempunyai simpanan wang sedemikian, dan kini ditutup dengan kira-kira 700 pekerja telah kehilangan periuk nasi.

darkwebstevanovicigoristock C

Ini merupakan hanya satu cerita daripada banyak cerita seram tentang keselamatan digital hari ini dimana syarikat-syarikat, badan dan lain-lain yang sentiasa perlu menghadapi serangan siber sedemikian setiap hari.

United Kingdom baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghalang sejumlah badan-badan kerajaan dan juga syarikat-syarikat tertentu daripada membayar wang tebusan untuk pengembalian data dan operasi sekiranya sistem mereka dikompromi. Ini adalah untuk memastikan bahawa kumpulan penggodam tidak dapat apa yang mereka mahu, dan dijangka akan mengurangkan jumlah serangan keatas sistem kerajaan dan juga syarikat-syarikat di negara tersebut.

Kerajaan United Kingdom mengatakan bahawa untuk serangan-serangan sedemikian, mereka akan menggunakan khidmat pihak penguat-kuasa seperti polis untuk menjejak penjenayah-penjenayah ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link