Adobe Animate Tidak Jadi Ditamatkan Selepas Dikritik Hebat
Effi Saharudin
Semalam Adobe mengumumkan perisian animasi Animate akan dihentikan bermula 1 Mac 2026. Pengumuman mengejut sokongan perisian popular untuk menghasilkan animasi vektor ini menerima kritikan hebat pengguna memandangkan Adobe tidak menawarkan perisian dengan ciri yang sama.

Hari ini Adobe mengumumkan perancangan menghentikan sokongan ke atas Animate telah dibatalkan. Sebaliknya tiada lagi tarikh akhir perisian akan ditarik daripada langganan Adobe. Sungguhpun begitu Adobe berkata Animate kini dalam mod pemeliharaan dengan tampalan sekuriti dan pepijat akan diberikan apabila perlu. Tiada ciri-ciri baharu akan ditambah kepada perisian sedia ada.
Ini adalah jalan tengah yang akan memastikan Animate akan dapat terus digunakan oleh pelanggan yang tidak mempunyai alternatif lain dan Adobe pula tidak perlu menawarkan versi baharu setiap tahun seperti perisian mereka yang lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






