Malaysia Oversight

MEGA Perkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Fail Dengan Mudah, Transfer.it

By Amanz in July 24, 2025 – Reading time 1 minute
MEGA Perkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Fail Dengan Mudah, Transfer.it


Web 2.0

MEGA Perkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Fail Dengan Mudah, Transfer.it

July 24, 2025

Aman

MEGA merupakan salah satu nama yang popular dalam penawaran perkhidmatan memfokuskan kepada storan dan perkongsian fail. Selepas beroperasi sekian lama, kini MEGA turut memperkenalkan sebuah perkhidmatan sampingan dibawah mereka, dinamakan Transfer.it.

Transfer IT

Transfer.it hadir dengan ciri asas untuk memuat-naik dan berkongsi dengan pengguna lain dengan mudah. Membezakannya dengan perkhidmatan MEGA ialah ia tidak menyertakan sokongan penyulitan penuh, dan disasarkan untuk perkongsian fail-fail dengan mudah dan pantas.

MEGA turut mengatakan Transfer.it tidak mempunyai had storan, membolehkan anda menghantar fail bersaiz besar secara percuma – berbeza dengan perkhidmatan lain seperti WeTransfer. Pengguna boleh menetapkan sesuatu fail yang dimuat-naik tersebut luput dalam masa 7 hari, 30 hari atau 90 hari.

Transfer.it ditawarkan secara percuma sehingga 1 Januari 2026 kelak. Selepas tarikh berkenaan, beberapa had dijangka diperkenalkan. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan Transfer.it ini hari ini secara percuma, tanpa perlu daftar akaun.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link