Malaysia Oversight

KAF Digital Bank Dilaporkan Sedang Mencari Pemilik Baharu

By Amanz in February 3, 2026 – Reading time 1 minute
KAF Digital Bank Boleh Diakses Bermula Esok, 8 Ogos – Bank Digital Patuh Shariah Kedua Di Malaysia


KAF Digital Bank Dilaporkan Sedang Mencari Pemilik Baharu

February 3, 2026
Kewangan

Aman

KAF Digital Bank dilancarkan hanya sekitar enam bulan lepas secara rasminya, tetapi kini ia dilaporkan KAF Investment Bank telah mula mencari pembeli untuk menjadi pemilik baharu KAF Digital Bank. Menurut TheEdge, bank digital berkenaan mungkin dijual pada nilai sekitar RM80 juta.

kaf

KAF Digital Bank merupakan salah satu bank digital patuh syariah yang diterajui oleh konsortium yang terdiri daripada KAF Investment Bank, Carsome, Jirnexu, StoreHub dan juga MoneyMatch. KAF Investment Bank dikatakan mempunyai pegangan sebanyak 84%, sementara yang lain mempunyai pegangan sebanyak 4%.

Sebab disebalik penjualan ini tidak dinyatakan. Sejak pelancaran lagi, KAF Digital Bank dilihat tidak memasarkan ia dengan meluas, selain aplikasi juga tidak membawakan rekaan moden berbanding dengan penyedia perkhidmatan perbankan digital lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Bank Negara akan membenarkan KAF Digital Bank dijual kepada pemilik baharu atau sebaliknya.

TheEdge



Source link