Malaysia Oversight

Kerangka Ini Mengubah iPhone Lightning Menjadi USB-C

By Amanz in July 24, 2025 – Reading time 1 minute
Kerangka Ini Mengubah iPhone Lightning Menjadi USB-C


Apple

Kerangka Ini Mengubah Lightning Menjadi USB-C

July 24, 2025

Effi Saharudin

Saya sudah berpindah sepenuhnya ke USB-C dua tahun lalu selepas 15 dilancarkan. Hanya satu kabel perlu dibawa untuk mengecas kesemua peranti di dalam beg. Bagi pengguna lama, mereka perlu menaik taraf ke model baharu jika ingin menggunakan USB-C. Ken Pillonel, seorang jurutera dari Switzerland menyelesaikan isu ini dengan menghasilkan kerangka penyesuai Lightning ke USB-C.

Apple iphone Lightning USB C

Beberapa tahun lalu beliau tular di media sosial kerana mengubahsuai iPhone dan AirPods dengan port Lightning menjadi peranti dengan port USB-C. Beliau menyedari untuk mengikuti langkah beliau, tidak ramai pemilik iPhone lama mempunyai kepakaran kejuruteraan dan elektronik. Kerangka iPh0n3 dihasilkan oleh beliau untuk siri iPhone 14 hinggalah ke iPhone XR.

Kerangka ini meletakkan port pengecas USB-C ke bucu bawah kanan. Lubang speaker, SIM, laras audio, butang kuasa dan butang lungsur membisukan iPhone masih boleh diakses. Pengecasan nirwayar juga tidak terjejas sekiranya kerangka ini digunakan. Kerangka iPh0n3 dijual menerusi laman peribadi Pillonel pada harga bermula CHF 43 (~RM 229) sebuah.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link