Malaysia Oversight

Amanah cabar pembangkang beri tawaran lebih baik

By MkiniBM in July 24, 2025 – Reading time 2 minute
Amanah cabar pembangkang beri tawaran lebih baik


Amanah mencabar pihak pembangkang untuk menawarkan inisiatif yang lebih baik sebelum mendesak Perdana Menteri Ibrahim meletakkan jawatan.

Cabaran itu susulan pengumuman semalam berhubung bantuan kewangan untuk semua rakyat, menjelang phimpunan Turun yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

“Terima kasih kepada PM bagi penghargaan ini sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang. 

“Kepada parti-parti pembangkang yang mahu berdemonstrasi minggu ini menentang PM, saya cabar anda bentangkan inisiatif-inisiatif yang lebih baik. Sebelum mendesak PM meletak jawatan, dedahkan juga calon PM anda,” kata Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil dalam kenyataan.

Faiz juga menasihati PN agar membuat usaha menukar melalui saluran demokrasi yang betul.

Katanya lagi, percubaan untuk menjatuhkan pada pertengahan penggal, sama ada melalui demonstrasi jalanan atau kaedah “tebuk atap”, tidak selari dengan prinsip demokrasi.

“Demontrasi ‘Turun Anwar’ menunjukkan sikap PN yang tidak tahu menghormati mandat rakyat.

“Rakyat seharusnya menolak sikap pembangkang yang terdesak ini. Pembangkang perlu bersikap seperti PH yang menunggu pilihan raya untuk menukar ,” katanya lagi.

Selain agihan RM100 secara sekali beri untuk semua warga 18 tahun ke atas, semalam Anwar antara lain turut mengumumkan tambahan cuti umum Hari Malaysia pada 15 September dan penurunan harga minyak RON95 kepada RM1.99 seliter.

Kerajaan juga memutuskan untuk mengekalkan kadar tol semasa di 10 lebuh raya sepanjang tahun ini, dengan kos ditanggung kerajaan sebanyak RM500 juta.

‘Tak banyak untuk belia’

Sayap wanita muda Bersatu bagaimanapun mengkritik inisiatif tersebut, dengan berkata ia tidak memberi kesan besar terhadap cabaran yang dihadapi golongan belia.

Naib Ketuanya, Nabila Norsahar berkata bantuan yang diumumkan tidak membawa perubahan bermakna kerana ia tidak menyelesaikan isu kekurangan pekerjaan berkualiti, harga rumah yang tinggi, atau akses kepada modal perniagaan.

“Anak muda hari ini bukan mahukan pemberian semata-mata. Kami mahu dasar ekonomi menyeluruh. Kami mahu perancangan jangka panjang yang jelas, bukan angka sementara yang hanya bertujuan untuk meredakan kritikan di media sosial,” katanya.

Justeru, katanya lagi, himpunan pada Sabtu ini akan tetap diteruskan dan ia bukan sekadar bantahan terhadap Anwar, tetapi sebagai mesej jelas kepada kerajaan bahawa rakyat, terutama golongan muda, tidak ingin lagi dipermainkan.



Source link