APAD : Maxim Dan InDrive Diletakkan Dibawah Tempoh Pemantauan Selama 3 Bulan
July 24, 2025
•
Aman
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kini mengeluarkan kenyataan, mengatakan mereka MAXIM dan juga InDrive, dua perkhidmatan seru-pandu yang beroperasi di Malaysia, kini diberikan tempoh tiga bulan dibawah pemantauan.
Untuk makluman, sebelum ini, APAD telah mengeluarkan notis pembatalan lesen perniagaan untuk kedua-dua syarikat pengendali berkenaan, disebabkan ketidakpatuhan terutamanya dalam aspek keperluan Permit Kenderaan E-Hailing. Selari dengannya, kedua-dua syarikat telah membuat rayuan, dan disyaratkan membuat pembetulan sebelum 24 Julai 2025.
Maxim dan InDrive kini dikatakan telah menambah-baik sistem pendaftaran mereka, selain turut memberikan akses data kepada APAD dalam proses semak-silang antara data syarikat dan data dibawah pengurusan APAD. Wakil syarikat juga perlu hadir ke Ibu Pejabat APAD setiap bulan sepanjang tempoh pemantauan ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.