Malaysia Oversight

Redmi Turbo 5 Max Kini Rasmi – Cip Dimensity 9500s Dan Bateri 9000mAh

By Amanz in January 30, 2026 – Reading time 1 minute
Redmi Turbo 5 Max Kini Rasmi – Cip Dimensity 9500s Dan Bateri 9000mAh


Turbo 5 Max Kini Rasmi – Cip Dimensity 9500s Dan Bateri 9000mAh

January 30, 2026
Xiaomi

Amy Maizuraa

Turbo 5 Max turut diperkenalkan semalam di dengan penjenamaan ‘Max’ yang memberi fokus kepada kapasiti bateri besar. Pada masa yang sama, ia masih mengekalkan perkakasan dalaman yang baik untuk prestasi harian. 

Redmi Turbo 5 Max 01

Redmi Turbo 5 Max hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.83 inci yang menyokong resolusi 2772 x 1280 piksel (1.5K), kadar segar semula 120Hz serta teknologi 3840Hz PWM bersama DC dual dimming. Ia juga menjadi peranti pertama di dunia yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500s.

Redmi Turbo 5 Max 02

Bagi memastikan kawalan suhu yang optimum, peranti ini menggunakan sistem penyejukan 3D terbina sementara itu, enjin ‘Rampage Engine’ baharu pula berfungsi menstabilkan prestasi CPU, GPU dan DDR ketika penggunaan intensif. Pilihan memori pula ditawarkan sehingga 16GB RAM LPDDR5X bersama storan dalaman 512GB UFS 4.1.

Dari segi ketahanan bateri, peranti dilengkapi dengan bateri Xiaomi ‘Jinshajiang’ berkapasiti 9,000mAh yang mampu bertahan sehingga 11 jam 10 minit penggunaan. Selain itu, ia menyokong pengecasan pantas berwayar 100W serta pengecasan berbalik berwayar 27W untuk kegunaan pelbagai peranti.

Redmi Turbo 5 Max 03

Tetapan kamera peranti terdiri daripada sensor utama 50MP yang menyokong OIS dan EIS, ultra lebar 8MP serta rakaman video sehingga 4K 60fps. Di bahagian hadapan pula, ia dilengkapi kamera swafoto 20MP dengan sokongan rakaman video 1080P/60FPS. Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari ultrasonik 3D dalam skrin, pembesar suara stereo, perlindungan IP66/IP68/IP69/IP69K dan sokongan infra merah untuk kawalan tambahan.



Source link