Malaysia Oversight

Samsung Akan Lancarkan Cermin Mata Pintar Serta Peranti Nipis Tahun Ini

By Amanz in January 30, 2026 – Reading time 1 minute
Samsung Akan Lancarkan Cermin Mata Pintar Serta Peranti Nipis Tahun Ini


Samsung Akan Lancarkan Cermin Mata Pintar Serta Peranti Nipis Tahun Ini

January 30, 2026
Samsung

Effi Saharudin

Samsung mengumumkan laporan kewangan mereka semalam dan pada waktu yang sama berkongsi perancangan mereka untuk 2026 kepada pelabur. Yang berjaya menarik perhatian kami ialah timbalan presiden eksekutif Samsung MX mendedahkan cermin mata AR pertama mereka akan dilancarkan tahun ini. Ini kali pertama bila ia akan dilancarkan disahkan sendiri oleh Samsung selepas mengacah kewujudannya sejak pertengahan tahun lalu.

Samsung Cermin Mata Tri Lipat

Dua cermin mata pintar dipercayai sedang dibangunkan masing-masing menggunakan sistem operasi Android XR. Beberapa demo yang diperlihatkan di Google I/O tahun lalu menunjukkan kemampuan Android XR memahami apa yang sedang dilihat dan mendengar arahan suara diberikan pengguna. Cermin mata pintar pertama Samsung dilaporkan akan hadir dalam dua versi iaitu dengan skrin terbina dan satu lagi tanpa skrin bagi memberikan persaingan kepada Meta.

Turut disahkan sekali lagi ialah peranti Samsung tahun ini akan mempunyai ciri ejen AI. Sebelum ini apakah yang dimaksudkan sebagai ejen AI agak kabur tetapi selepas Google mengumumkan Personal Intelligence bolehlah diramalkan ini ialah ejen AI yang akan disokong pada siri Galaxy S26 terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada peranti lain dalam portfolio Samsung.

Tahun ini turut akan melihat Samung menawarkan lebih banyak peranti nipis dan ringan menurut slaid pembentangan yang kami lihat. Ini mungkin adalah petanda awal siri Galaxy Edge tidak akan dibatalkan tetapi akan dilancarkan ke satu tarikh lain.



Source link