Malaysia Oversight

Eksorangka Hypershell X Ultra Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM8999

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 2 minute
Eksorangka Hypershell X Ultra Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM8999


Eksorangka Hypershell X Ultra Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM8999

January 29, 2026
Lain-lain

Amy Maizuraa

Hypershell kini meluaskan penawaran teknologi eksorangka di Malaysia melalui model terbaru Hypershell X Ultra. Sama seperti beberapa generasi sebelumnya, ia direka untuk meningkatkan pengalaman dalam pelbagai aktiviti termasuk berjalan, mendaki, berlari dan memanjat.

Eksorangka Hypershell X Ultra 7

Eksorangka ini dikuasai oleh sistem motor M-One Exoskeleton baharu dengan kuasa bantuan sehingga 1000W, yang membolehkan jarak gerak sehingga 30km dengan sekali pengecasan. Ia turut mampu mengurangkan kehilangan haba sehingga 47% lantas memberikan sehingga 2.5 kali ganda julat bateri bagi memastikan tenaga mencukupi untuk kegunaan seharian.

Eksorangka Hypershell X Ultra 6
Eksorangka Hypershell X Ultra 5

Selain itu, teknologi AI Motion Engine Ultra digunakan juga lebih pintar dan mampu disesuaikan dengan langkah pengguna secara masa nyata. Lebih menarik, Hypershell X Ultra merupakan eksorangka pertama di dunia yang menjalani pengesahan pihak ketiga bagi menguji prestasinya. Ia telah disahkan oleh ‘SGS Société Générale de Surveillance SA’ melalui penilaian ketat untuk memberi keyakinan tambahan kepada pengguna.

Eksorangka Hypershell X Ultra MY 2

Eksorangka ini turut boleh dikawal melalu aplikasi Hypershell+ untuk pelbagai tetapan termasuk menukar mod, melaraskan kuasa dan menyemak status melalui Watch. Hypershell X Ultra juga hadir dengan lima mod pintar baharu seperti bantuan pelindungan lutut semasa turun bukit (Descent Assist), bantuan tambahan semasa berlari pecut, bantuan penstabilan pada permukaan berpasir (Dune) dan bantuan semasa berjalan di permukaan bersalji (Snow).

Eksorangka Hypershell X Ultra MY 1

Bagi yang berminat, Hypershell X Ultra ditawarkan pada harga RM8,999 yang disertakan dengan satu unit bateri standard (bernilai RM599) dan hab pengecas empat port (bernilai RM299).



Source link