Malaysia Oversight

Kanser Pankreas Berjaya Dirawat Pada Tikus

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
Kanser Pankreas Berjaya Dirawat Pada Tikus


Kanser Pankreas Berjaya Dirawat Pada Tikus

January 29, 2026
Sains

Effi Saharudin

Steve Jobs, Alan Rickman dan Samatha Shubert adalah antara tiga selebriti yang meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas. Kanser ini sukar dikesan awal menyebabkan rawatan hanya diberikan di saat akhir yang merendahkan kebarangkalian untuk hidup. Saintis dari Pusat Penyelidikan Kanser Kebangsaan Sepanyol (CNIO) minggu ini mengumumkan kejayaan merawat kanser pankreas pada tikus makmal.

Kanser

Pasukan yang diketuai oleh Mariano Barbacid mengambil masa enam tahun membangunkan terapi tiga-ubat yang menghapuskan sepenuhnya tumor kanser pankreas paling agresif dalam model tikus. Selepas rawatan diberikan, kanser tidak berulang dimana tiada tumor baharu terbentuk dengan kesan sampingan yang minimum.

Kanser pankreas, khususnya pancreatic ductal adenocarcinoma (PDAC), adalah antara kanser paling sukar dirawat. Ia cepat menyesuaikan diri dan biasanya mengatasi rawatan yang diberikan. Terapi yang dibangunkan oleh CNIO menggabungkan tiga ubat serentak yang menyekat tumor daripada melarikan diri daripada rawatan yang diberikan.

Penyelidik CNIO akan meneruskan kajian untuk melihat sama rawatan ini selamat digunakan pada manusia dan jika diluluskan, ujian klinikal awal pada manusia akan dilakukan. Walaupun berjaya menyembuhkan kanser pada tikus, ia tidak bermakna ianya turut mujarab pada manusia.

Kertas kajian diterbitkan dalam jurnal PNAS.



Source link