Malaysia Oversight

India Sedang Pertimbang Larangan Media Sosial Bagi Pengguna Bawah 16 Tahun

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 2 minute
India Sedang Pertimbang Larangan Media Sosial Bagi Pengguna Bawah 16 Tahun


India Sedang Pertimbang Larangan Media Sosial Bagi Pengguna Bawah 16 Tahun

January 29, 2026
Web 2.0

Amy Maizuraa

Isu melibatkan kanak‑kanak dan media sosial semakin memuncak kerana banyak masalah tidak diingini berlaku. Oleh itu, beberapa negara Asia termasuk Malaysia danIndonesia sedang membincangkan usaha untuk mengetatkan had umur penggunaan media sosial memandangkan isu keselamatan semakin membimbangkan. Selain itu, negara Asia lain seperti India juga sedang mengkaji langkah yang sama kerana kesedaran terhadap kesihatan mental remaja semakin meningkat.

Rivet Kanak Kanak Membaca 002

Memetik laporan Gulf News, Goa di India sedang pertimbangkan larangan penggunaan media sosial bagi kanak‑kanak bawah 16 tahun iaitu mencontohi langkah yang telah dilaksanakan di Australia. Menteri Goa menjelaskan bahawa pihak berkuasa kini sedang mengkaji undang‑undang Australia untuk melihat cara terbaik mengawal akses remaja ke media sosial.

Seterusnya, Andhra Pradesh juga sedang meneliti langkah yang sama dengan menubuhkan panel menteri bagi merangka cadangan. Pun begitu, pusat India setakat ini belum mempunyai rancangan untuk melaksanakan larangan di peringkat nasional.

Media Sosial

Dalam perkembangan berbeza, Meta menyatakan sokongan terhadap undang‑undang yang mewajibkan pengawasan ibu bapa. Namun begitu, syarikat itu turut memberi amaran bahawa larangan penggunaan media sosial boleh menyebabkan remaja beralih ke laman yang tidak terkawal.

Sementara itu, Australia menjadi negara pertama yang melaksanakan larangan media sosial bagi kanak‑kanak bawah 16 tahun pada Disember 2025 dengan sebanyak 4.7 juta akaun remaja ditutup dalam bulan pertama pelaksanaan.

Susulan langkah tersebut, Goa dan beberapa negeri lain di India mula serius mengkaji risiko media sosial terhadap kesihatan mental remaja dengan menjadikan pengalaman Australia sebagai inspirasi.



Source link