Malaysia Oversight

Bursa Malaysia dibuka negatif

By Utusan in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
Bursa Malaysia dibuka positif


PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 5.92 mata kepada 1,750.57 pada pukul 9.16 pagi hari ini, berbanding 1,756.49 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,753.31.

Jumlah dagangan sebanyak 75.69 juta unit bernilai RM59.08 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 106 berbanding 103 dengan 251 kaunter tidak berubah dan 2,259 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, STI Singapura naik 17.46 mata atau 0.36 peratus kepada 4,926.80 dan Nikkei Jepun meningkat 32.25 mata atau 0.06 peratus kepada 53,390.96 indeks.

Bagaimanapun, indeks KOSPI Korea Selatan susut 37.31 mata atau 0.72 peratus kepada 5,133.50 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN





Source link