
SoftBank Dalam Perbincangan Untuk Melabur Sehingga $30 Bilion Pada OpenAI
Aman
SoftBank sedia melakukan pelaburan pada OpenAI, dan telah menyelesaikan pelaburan sekitar $41 bilion yang memberikan pegangan sekitar 11%. Tidak setakat itu, kini SoftBank dilaporkan ingin menambah lagi pelaburan pada syarikat kecerdasan buatan berkenaan.
Mengikut laporan, SoftBank menyasarkan untuk melabur sehingga $30 bilion tambahan pada OpenAI, dibawah suntikan dana baharu kelak. Ia dijangka akan menilaikan OpenAI sekitar $830 bilion.
Pelaburan ini dijangka akan membolehkan SoftBank terus mengekalkan pegangan yang banyak pada OpenAI. Untuk OpenAI pula, suntikan dana baharu dilihat diperlukan untuk kos operasi dan juga bagi tujuan melatih model AI mereka.
Sebelum ini, sejak Google memfokuskan kepada Gemini pada 2025, OpenAI dilihat menghadapi cabaran dalam arena kecerdasan buatan, apatah lagi dengan pelbagai penawaran alternatif pihak lain yang memberi kesan terhadap pegangan pasaran OpenAI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






