Malaysia Oversight

Libatkan juga majlis syura untuk kelayakan calon PM, MB

By MkiniBM in January 27, 2026 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Ketika pertembungan pandangan mengenai ‘kuasa’ seorang mursyidul am masih berterusan dalam kalangan pemimpin , seorang bekas anggota jawatankuasa pusat parti itu hari ini memberikan cadangan baru.

Jelas mahu menegaskan bahawa seseorang mursyidul am diletakkan di tempat yang lebih tinggi, Mohd Zuhdi Marsuki berkata, saringan Majlis Syura Ulama Pusat perlu diperluaskan.

Kata Mohd Zuhdi, Mursyidul Am bertanggungjawab dalam apa-apa langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum parti dipatuhi oleh semua pihak.

Dia yang pernah menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan PAS berkata, keseluruhan keputusan, kegiatan dan hal-hal lain di dalam PAS tidak sedikit pun terlepas daripada dan hukum-hakamnya.

Hal itu, katanya, termasuklah dalam perkara yang berkaitan dengan pelantikan perdana menteri dan menteri besar.

“Jika calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya pun perlu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama, sewajarnya pada masa hadapan calon-calon untuk jawatan seumpama perdana menteri dan menteri besar juga perlu mendapat kelulusan majlis tersebut,” katanya dalam tulisan panjang di Facebook, hari ini.

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas mengenai peranan seorang mursyidul am yang ditekankan tetap bertanggungjawab dalam apa-apa jua langkah PAS.

Terdahulu Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan penyelesaian kedudukan tiga yang diberhentikan keanggotaannya oleh PAS pada Dis lalu.

3b1fd223cc80711529982b85f1e043cf
Hashim Jasin

Hashim berpendapat, keputusan memecat Saad Seman (Chuping), Fakhrul Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) belum muktamad.

Sebaliknya, kata Hashim, ia tertakluk kepada pertimbangan majlis syura ulama parti terbabit.

Pun begitu, PAS menyanggah kenyataan Hashim dengan menekankan bahawa pemberhentian keahlian tiga berkenaan merupakan keputusan kepimpinan pusat parti yang “muktamad” dan “bukan arahan peribadi Presiden PAS”.

Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, berkata Fasal 15A Perlembagaan PAS (Pindaan 2025) berkaitan keberhentian ahli badan perundangan PAS diluluskan oleh muktamar sebelum ini.

Katanya, pindaan tersebut diluluskan dengan sokongan sebulat suara.

“Di penghujung fasal tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa ‘keputusan adalah muktamad.’

“Justeru, ketetapan ini adalah keputusan muktamar selaku badan tertinggi parti,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Wan Rohimi Wan Daud turut menegaskan faktor fasal 15A perlembagaan tersebut dan muktamar menjadi badan kuasa tertinggi dalam parti itu yang mengatasi Majlis Syura Ulama, jawatankuasa kerja PAS dan dewan-dewan lain.

Untuk rekod seseorang yang dinamakan sebagai calon pilihan raya mewakili PAS perlu disaring terlebih dulu oleh beberapa pihak. Pengesahan menjadi calon hanya dibuat apabila majlis syura berpendapat individu terbabit layak berdasarkan kepada beberapa kriteria.



Source link