GTA 6 Dilaporkan Tidak Dijual Dalam Versi Fizikal Bagi Mengelakkan Spoiler
Effi Saharudin
Grand Theft Auto 6 ialah permainan yang paling dinantikan tahun ini selepas beberapa kali pelancarannya ditangguh. Rockstar Games mengesahkan permainan akan akhirnya boleh dimainkan di konsol pada 19 November 2026 tetapi menurut laporan PPE, pada peringkat awal GTA 6 hanya akan ditawarkan dalam bentuk digital sahaja.

Tiada versi fizikal akan dijual bagi memastikan jalan cerita permainan diedahlan lebih awal oleh mereka yang berjaya membelinya lebih awal. Sudah berlaku beberapa kes permainan dijual lebih awal oleh kakitangan kedai permainan yang ingin mendapat keuntungan lebih. Permainan versi digital boleh dikunci waktu ia boleh dimainkan sehingga tarikh pelancaran. Versi fizikal hanya akan ditawarkan kemudian.
Ini adalah berita mengecewakan bagi pengumpul permainan fizikal. Jika ingin menikmati permainan ini awal, mereka perlu membeli versi digital. Jualan permainan fizikal semakin berkurangan tahun demi tahun di PC dan konsol. Tetapi hakikatnya hanya versi fizikal memastikan permainan masih boleh dimainkan tanpa sambungan internet.






