Malaysia Oversight

Samsung Perkenalkan Edisi Terhad Galaxy Z Flip7 Olympic Edition

By Amanz in January 27, 2026 – Reading time 2 minute
Samsung Perkenalkan Edisi Terhad Galaxy Z Flip7 Olympic Edition


Samsung Perkenalkan Edisi Terhad Galaxy Z Flip7 Olympic Edition

January 27, 2026
Samsung

Amy Maizuraa

Samsung memperkenalkan edisi terhad Galaxy Z Flip7 Olympic Edition sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026. Telefon pintar eksklusif ini akan diberikan secara percuma kepada hampir 3,800 atlet dari 90 negara sekali gus menjadikannya antara keluaran paling terhad yang pernah dihasilkan.

Galaxy Z Flip7 Olympic Edition 01

Dari segi rekaan, bahagian belakang peranti hadir dengan warna biru yang melambangkan identiti lama Samsung yang digabungkan dengan sentuhan budaya Itali. Warna ini juga membawa maksud semangat kesatuan dan kesukanan yang menjadi jiwa temasya Olimpik. Selain itu, bingkai logam emas digunakan sebagai simbol pencapaian dan kecemerlangan. Peranti ini turut disertakan dengan kerangka magnet yang dihiasi motif daun emas sekali gus menambah elemen kemenangan pada keseluruhan rekaan.

Galaxy Z Flip7 Olympic Edition 03
Galaxy Z Flip7 Olympic Edition 04

Selain rekaan fizikal, peranti ini juga hadir dengan perisian khas yang direka khusus untuk atlet. Ia menawarkan tema dan wallpaper bertemakan Olimpik, di samping beberapa aplikasi pra-pasang yang membantu mereka sepanjang acara. Antara aplikasi tersebut termasuk Galaxy Athlete Card untuk pertukaran profil secara digital, Athlete365 bagi sokongan prestasi dan kesihatan mental, aplikasi rasmi Olimpik untuk maklumat pertandingan, IOC Hotline sebagai saluran bantuan, serta PinQuest untuk aktiviti menarik.

Galaxy Z Flip7 Olympic Edition 02

Dari segi spesifikasi asas, Galaxy Z Flip7 Olympic Edition hadir dengan pilihan storan 256GB atau 512GB bersama 12GB RAM. Harga pasaran pula dianggarkan sekitar $899.99 (~RM3,558) hingga$1,019.99 (~RM4,0330) bergantung pada kapasiti storan yang dipilih. Selain itu, komponen dalaman lain masih sama seperti model Galaxy Z Flip7 biasa yang sudah tersedia di pasaran.

Samsung



Source link