Malaysia Oversight

‘Kedaulatan Sabah Mutlak: Malaysia tutup tuntutan Sulu’

By MkiniBM in January 27, 2026 – Reading time 2 minute
‘Kedaulatan Sabah Mutlak: Malaysia tutup tuntutan Sulu'


Malaysia hari ini menegaskan pendirian tegas untuk tidak lagi melayan sebarang tuntutan daripada pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu, sekali gus menyifatkan kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sebagai sesuatu yang mutlak dan tidak boleh dicabar.

Ini disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, semasa menjawab pertanyaan lisan daripada Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-Keningau) di Dewan Rakyat, hari ini.

b398da66233bfd018807608e8db1e7ed
Jeffrey Gapari Kitingan (GRS-Keningau)

Mengulas perkembangan di peringkat antarabangsa, Azalina memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan Perancis telah membatalkan ‘Award Akhir’ baru-baru ini adalah satu “kemenangan besar” yang secara teknikalnya telah melumpuhkan cubaan memeras wang dan aset negara.

“Kemenangan ini sekaligus telah menamatkan semua cubaan tidak berasas daripada penuntut Sulu serta pembiaya litigasi mereka untuk memeras wang dan aset daripada rakyat Malaysia,,” katanya.

Menurut Azalina, walaupun penimbang tara kes tersebut, Gonzalo Stampa, telah dikenakan hukuman penjara, mengakui bahawa kos yang terpaksa ditanggung oleh Malaysia untuk melawan tuntutan ini di pelbagai bidang kuasa adalah sangat tinggi.

Justeru, katanya, kini sedang memperincikan strategi untuk menuntut semula segala kos kerugian tersebut.

Menjawab keraguan mengenai bayaran pajakan, Azalina mengesahkan bahawa Malaysia telah menghentikan sepenuhnya sebarang bentuk bayaran kepada pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu sejak tahun 2013.

a30bed084d34d61114228e21a9a0f10d

Tindakan itu diambil sebagai tindak balas langsung terhadap pencerobohan bersenjata di Lahad Datu yang bukan sahaja mencabuli kedaulatan tanah air, malah mengorbankan 10 wira negara.

menegaskan bahawa tiada lagi sebarang obligasi bayaran akan dibuat kepada mana-mana pihak… kerana kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia adalah mutlak dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” tambahnya.

Bagi memastikan isu ini tidak lagi ‘menghantui’ kepentingan negara, Azalina berkata, kerajaan komited untuk menggunakan dua jalur utama:

Langkah ini dilihat sebagai langkah proaktif bagi memastikan tiada lagi pihak luar atau pembiaya dana litigasi (litigation funders) yang cuba mengambil kesempatan ke atas kedaulatan negara demi keuntungan kewangan.



Source link