Malaysia Oversight

K’jaan pertahan pendekatan tangkapan, nasihat, pemulihan

By MkiniBM in January 27, 2026 – Reading time 2 minute
K'jaan pertahan pendekatan tangkapan, nasihat, pemulihan


Dewan Rakyat diberitahu bahawa merekodkan sebanyak 135 tangkapan berkaitan kes lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dari tahun 2022 hingga 2025, dengan pendekatan yang menjurus kepada penguatkuasaan undang-undang syariah, diikuti kaunseling, nasihat serta program pemulihan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata Madani bertegas menolak sebarang bentuk promosi aktiviti LGBT yang dianggap bercanggah dengan serta nilai kesusilaan masyarakat Malaysia.

dd3ef1ed8196ec3d32bb1ee82f7b0884

“Untuk makluman, sepanjang tahun 2022 hingga 2025, statistik tangkapan berkenaan isu LGBT oleh Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Agama Negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak 135 kes kesemuanya,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di Parlimen hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Rosol Wahid (PN–Hulu Terengganu) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah tangkapan kes LGBT, tindakan yang diambil, serta langkah bagi memastikan individu terlibat tidak kembali “terjebak” dalam aktiviti sama.

40f6544d06d52c3e5eab3608c9c94895
Rosol Wahid (PN–Hulu Terengganu)

Menurut Zulkifli, penguatkuasaan kes jenayah syariah berkaitan isu LGBT bagi orang adalah di bawah bidang kuasa negeri, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Di Wilayah Persekutuan, katanya, tindakan boleh diambil di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, termasuk peruntukan berkaitan liwat, musahaqah dan lelaki berlagak seperti perempuan.

Katanya, individu yang disyaki terlibat tetapi tidak mempunyai bukti mencukupi tidak semestinya didakwa, sebaliknya mereka akan diberikan nasihat, kaunseling, atau diarahkan menghadiri kursus kesedaran dan pemulihan.

“Kerajaan juga melaksanakan program dakwah dan kursus khas bagi membimbing golongan ini ke arah kehidupan yang lebih baik.

“Bantuan-bantuan tertentu juga disalurkan bagi membimbing mereka menceburi bidang pekerjaan yang lebih baik dan bidang perniagaan,” katanya.

Zulkifli turut menegaskan masyarakat awam digalakkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya mendapati penyalahgunaan platform media sosial untuk menyebarkan atau mempromosikan kandungan berkaitan LGBT.



Source link