Malaysia Oversight

Microsoft Melancarkan Cip Maia 200 Untuk Tugasan Inferens AI

By Amanz in January 27, 2026 – Reading time 1 minute
Microsoft Melancarkan Cip Maia 200 Untuk Tugasan Inferens AI


Microsoft Melancarkan Cip Maia 200 Untuk Tugasan Inferens AI

January 27, 2026
Kecerdasan Buatan
Microsoft

Effi Saharudin

Microsoft melancarkan cip terkini mereka Maia 200 sebagai kemas kini kepada Maia 100 yang dilancarkan pada tahun 2023. Ia adalah cip 3nm yang direka khusus untuk tugasan inferens kecerdasan buatan (AI) dengan kemampuan 10 petaflop (FP4) dan 5 petaflop (FP8).

Microsoft Maia 200

Cip inferens digunakan untuk menjalankan model-model yang telahpun dilatih. Oleh itu Maia 200 bukan pesaing kepada cip siri Rubin yang baru diumumkan oleh NVIDIA di CES awal bulan ini. Sebaliknya Maia 200 ialah pesaing kepada Google Tensor dan Amazon Trainium yang digunakan di pusat data awanan.

Microsoft mendakwa Maia 200 menawarkan tiga kalio ganda prestasi FP4 berbanding Amazon Trainium generasi ketiga dan prestasi FP8 lebih tinggi daripada TPU Google generasi ketujuh.

Microsoft Maia 200 B

Walaupun baru sahaja diumumkan, Maia 200 telahpun digunakan di pusat data mereka di Des Moines, Iowa untuk menjalankan Copilot 365, GPT-5.2 dan oleh pasukan AI Superintelligence mereka. Cip ini kemudiannya akan digunakan pula di pusat data yang terletak di Phoenix, Arizona.

Cip Maia dibangunkan sendiri oleh Microsoft bagi mengurangkan pergantungan kepada NVIDIA yang sekaligus mengurangkan kos membangunkan pusat data yang memerlukan ratusan bilion.



Source link