Malaysia Oversight

Kementerian Digital Bangunkan MyIKD Bagi Mengurangkan Jurang Teknologi

By Amanz in January 26, 2026 – Reading time 1 minute
GlobalFoundries Membeli Syarikat Pembuat Cip Fotonik Dari Singapura


Kementerian Digital Bangunkan MyIKD Bagi Mengurangkan Jurang Teknologi

January 26, 2026
Web 2.0

Effi Saharudin

Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) atau Digital Inclusivity Index Malaysia (DIIM) sebagai usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital di seluruh negara. MyIKD adalah sebuah pangkalan data berpusat yang bertujuan mengukur jurang digital dalam masyarakat Malaysia.

Optical fiber

MyIKD membolehkan memantau jurang digital secara berterusan dalam kalangan masyarakat dengan ia akan diukur secara khusus. Hasil kajian akan dimanfaatkan bagi membantu merangka intervensi lebih bersasar.

Jurang digital di Malaysia mula mendapat perhatian ramai semasa pandemik apabila pelajar luar bandar menghadapi masalah mengikuti kelas dan kuliah atas talian kerana sambungan internet yang lemah. Tular kes pelajar terpaksa duduk di atas pokok dan telefon digantung pada hujung galah semata-mata untuk mendapatkan sambungan internet lebih stabil.

Bernama



Source link