Malaysia Oversight

PKR adakan kongres nasional di Melaka pada 25-28 Jun

By TheSun in January 25, 2026 – Reading time 1 minute
PKR adakan kongres nasional di Melaka pada 25-28 Jun


akan mengadakan kongres nasional selama empat hari di Melaka dari 25 hingga 28 Jun ini, kata Ketua Penerangan parti itu.

KUALA LUMPUR: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat () akan diadakan selama empat hari di Melaka dari 25 hingga 28 Jun ini.

Ketua Penerangan Datuk Fadzil (gambar) berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanan yang berlangsung hari ini.

“Maklumat terperinci akan dikeluarkan Ibu Pejabat KEADILAN dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata MPP turut memutuskan pelantikan beberapa individu sebagai Ex Officio Biro Politik PKR.

Mereka ialah Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Mohammed Taufiq Johari, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Datuk Jamawi Ja’afar, Datuk Ruji Ubi dan Datuk Yamani Hafez Musa pula dilantik menjadi Ex Officio MPP PKR.

berkata MPP turut meneliti pelaksanaan ikhtiar terbaharu MADANI, termasuk Rancangan Pendidikan Negara.

Program bantuan rakyat seperti SARA, STR, Jualan Rahmah dan BAP juga dilihat boleh ditambah baik bagi menangani isu kos sara hidup.

“Langkah-langkah membanteras rasuah dan kumpulan kartel turut disokong, agar dana rakyat tidak diseleweng untuk memperkaya kelompok tertentu,” katanya.



Source link