Malaysia Oversight

Tang Jie-Ee Wei tempah slot final Indonesia Masters

By Utusan in January 24, 2026 – Reading time 2 minute
Tang Jie-Ee Wei tempah slot final Indonesia Masters


PETALING JAYA: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali membuktikan status mereka selaku juara dunia selepas menumbangkan beregu No. 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada separuh akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Gandingan No. 4 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas pasangan handalan tersebut 21-17, 21-12 dalam masa 33 minit.

Kemenangan tersebut membuka laluan kepada Tang Jie-Ee Wei merapatkan rekod pertemuan kepada 3-5 dengan Zhen Bang-Ya Xin.

Pada perlawanan akhir, esok, Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan sama ada beregu No. 9 dunia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia atau pasangan No. 10 dunia dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Seandainya beregu tuan rumah yang menjadi pencabar Tang Jie-Ee Wei, maka, pilihan ketiga itu memiliki kelebihan psikologi dengan rekod kemenangan yang baik iaitu 7-0 ke atas Jafar-Felisha.

Namun, jika Christiansen-Boje yang menanti mereka pada final, rekod pertemuan tetap berpihak kepada Tang Jie-Ee Wei 2-1.

Cuma dalam pertemuan terakhir kedua-dua beregu, Christiansen-Boje berjaya menewaskan wakil Malaysia itu 15-21, 21-17, 21-11 pada separuh akhir Terbuka Macau, tahun lalu. – UTUSAN





Source link