Malaysia Oversight

PH Hulu S’gor gesa kerajaan timbang semula projek ladang babi di Bukit Tagar

By MkiniBM in January 23, 2026 – Reading time 2 minute
PH Hulu S’gor gesa kerajaan timbang semula projek ladang babi di Bukit Tagar


Pengerusi PH Hulu , Dr Sathia Prakash Nadarajan memohon negeri untuk menimbang semula projek pengurusan penternakan ladang berpusat di Bukit Tagar.

Dr Sathia membangkitkan lokasi projek itu yang terlalu dekat dengan tapak pelupusan sampah terbesar di situ, yang disifatkannya sebagai “resipi bencana ekologi dan kesihatan”.

“Keselamatan biosekuriti sukar dijamin apabila dua entiti yang mempunyai beban pencemaran tinggi diletakkan bersebelahan.

“Lalat, tikus, dan burung pemakan bangkai sering berulang alik antara tapak pelupusan sampah dan kawasan ternakan. Vektor ini boleh membawa kuman, bakteria seperti Salmonella atau E. coli, serta virus bahaya dari sisa sampah terus ke dalam ladang ternakan.

“Jika kualiti daging terjejas akibat persekitaran yang kotor, ia bukan sahaja merugikan penternak, malah membahayakan kesihatan pengguna yang membeli produk tersebut di pasaran,” katanya kepada Malaysiakini.

59308b616c78d9fe6f5f9905052a1c72
Dr Sathia Prakash Nadarajan

Terdahulu, Exco Infrastruktur dan Pertanian , Izham Hashim berkata ladang di Tanjung Sepat akan dipindahkan secara berfasa ke pusat penternakan berpusat di Bukit Tagar yang terletak di Hulu dalam tempoh tiga tahun.

Memaklumkan projek itu terletak berhampiran tapak pelupusan sampah, dia menggambarkan tiada sesiapa yang akan sanggup tinggal di kawasan tersebut, bukan orang Melayu sahaja.

“Tidak timbul di situ kawasan orang Melayu atau kaum lain sedangkan tiada penempatan di kawasan tersebut. Perkara ini juga saya telah sembah maklum kepada Tuanku Sultan Selangor dan baginda amat memahami perkara tersebut,” kata Izham.

‘Risiko wabak baru’

Mengulas lanjut, Dr Sathia yang juga Ketua Hulu Selangor berkata tapak pelupusan sampah menghasilkan cecair toksik yang boleh masuk ke dalam punca air bawah tanah.

“Jika ladang babi tersebut menggunakan sumber air yang sama atau jika berlaku limpahan sisa ladang ke sungai berdekatan, ia akan mengakibatkan pencemaran bertingkat yang sangat sukar untuk dipulihkan,” katanya lagi.

Dia yang merupakan doktor perubatan membangkitkan risiko berlakunya penyakit zoonotik – iaitu penyakit yang berpindah dari haiwan ke manusia – dan berkata kawasan yang kotor adalah “titik panas” bagi mutasi virus.

“Maka, meletakkan kawasan ternakan di sebelah kawasan sisa buangan adalah satu tindakan yang sangat berisiko tinggi bagi kemunculan wabak baru.

“Saya tidak menolak pembangunan industri ladang babi, namun lokasi mestilah strategik dan mematuhi garis panduan zon industri asas tani yang ketat.

“Bagi pandangan saya,  Bukit Tagar sudah mempunyai beban persekitaran yang cukup berat dengan adanya tapak pelupusan sampah sedia ada,” katanya lagi, sambil menambah Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Impak Kesihatan Sosial (HIA) yang lebih menyeluruh perlu dibuat berhubung projek itu.



Source link