Malaysia Oversight

Kesatuan Pekerja Hyundai Menentang Penggunaan Robot Atlas Di Kilang

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Kesatuan Pekerja Hyundai Menentang Penggunaan Robot Atlas Di Kilang


Kesatuan Pekerja Hyundai Menentang Penggunaan Robot Atlas Di Kilang

January 23, 2026
Robot

Effi Saharudin

Di CES 2026, Boston Dynamic melancarkan versi terkini robot humanoid Atlas yang akan digunakan oleh Hyundai di kilang pembuatan kereta mereka. Tetapi belum sempat ujian kemampuan Atlas ini dilakukan, Kesatuan Pekerja Hyundai di Korea Selatan menentang rancangan syarikat untuk menggunakan Atlas tanpa persetujuan mereka.

Tentangan diberikan kerana penggunaan robot boleh mencetuskan “kejutan pekerjaan” dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia. Kesatuan pekerja turut mendakwa ini adalah langkah Hyundai untuk meningkatkan keuntungan dengan mengurangkan tenaga kerja manusia. Maka mereka menegaskan tiada robot baharu boleh memasuki tempat kerja tanpa persetujuan bersama.

Boston Dynamics Atlas Production 2026 B

Hyundai turut dituduh memindahkan pengeluar kereta keluar daripada Korea sehingga mendatangkan impak ke atas pekerja di dua kilang tempatan. Hyundai merancang untuk menghasilkan 30,000 unit robot humanoid setahun menjelang 2028 dengan ia akan digunakan di kilang yang terletak di Georgia, Amerika Syarikat.

Robot humanoid diramal akan mendatangkan impak ke atas pekerja manusia sama seperti yang berlaku pada tahun 1962 apabila General Motors memperkenalkan penggunaan robot pertama di lantai kilang automotif.

Hyundai menggunakan robot Boston Dynamics kerana ia kini milik mereka selepas dibeli daripada Google. Selain Boston Dynamic, robot humanoid UBTech Walker S2 juga digunakan di lantai kilang oleh Airbus, Texas Instrument, BYD dan Foxconn.



Source link