Fon Telinga Realme Buds Air8 Mampu Beroperasi Sehingga 58 Jam
Amy Maizuraa
Realme Buds Air8 telah dilancarkan di China bersama telefon pintar Realme Neo8. Reka bentuknya masih mengekalkan gaya generasi sebelum ini namun kali ini ia hadir dengan peningkatan bateri yang lebih baik.

Fon telinga ini dilengkapi pemandu audio 11mm + 6mm Dual-Driver dengan sokongan Hi-Res Audio Wireless melalui codec LHDC 5.0 lossless. Ia turut menawarkan Ultra-Low Latency mode dengan penapis hingar serendah 45ms di mana sesuai untuk pengalaman permua yang memerlukan tindak balas pantas.

Menariknya, Realme Buds Air8 juga hadir dengan ciri berasaskan AI seperti AI Real-Time Translation dan AI Call Translation yang menjadikannya lebih pintar dan praktikal. Dari segi ketahanan, baterinya mampu berfungsi sehingga 58 jam dengan bantuan pod pengecas, selain mempunyai ketahanan IP55 kalis air.





