Malaysia Oversight

Apa kerajaan buat untuk turunkan inflasi harga makanan, soal Hamzah

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 2 minute
Apa kerajaan buat untuk turunkan inflasi harga makanan, soal Hamzah


PARLIMEN | Ahli Parlimen pembangkang dan hari ini bersama-sama menggesa untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup, khususnya inflasi harga makanan yang semakin meningkat.

Ketua pembangkang Hamzah Zainudin (PN-Larut) pada mulanya mempersoalkan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying mengenai perancangan dalam menangani inflasi harga makanan, dengan membangkitkan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang turut melibatkan barangan makanan.

“Apakah rancangan sebenar kerajaan untuk menurunkan inflasi harga makanan? Dengan strategi untuk naikkan kadar SST, bagaimana ia boleh dilakukan?

“Tak perlu cerita pasal jualan Rahmah kalau harga barang tetap naik,” sindir Timbalan Presiden Bersatu itu, merujuk kepada inisiatif Rahmah kerajaan yang bertujuan menawarkan barangan keperluan asas di bawah harga pasaran.

Kata Hamzah, rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, dan memaklumkan bahawa mencatatkan peningkatan inflasi harga makanan sebanyak 3.1 peratus, manakala dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 2.9 dan 3.3 peratus.

Lim kemudian memberitahu Dewan Rakyat kadar inflasi keseluruhan negara setakat Jun adalah 1.1 peratus, manakala inflasi harga makanan berada pada kadar 2.1 peratus.

eea2aee2e4d96478c56626966c057284
Lim Hui Ying

Lim mengakui ada kawasan tertentu yang mencatatkan kadar inflasi makanan lebih tinggi, namun data yang diperoleh Kementerian Kewangan adalah berdasarkan kadar inflasi menyeluruh bagi seluruh negara.

Mengakui bahawa kerajaan sedar harga makanan dan kos sara hidup dijangka meningkat susulan peluasan SST, dia menegaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus memantau harga barangan.

Perlu penjelasan

Namun, Hassan Karim (PH–Pasir Gudang) tidak berpuas hati dengan jawapan itu, dan menggesa Lim agar menghormati soalan Hamzah kerana ia menyentuh isu penting, terutama di tengah rancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah kepimpinan Perdana Menteri Ibrahim.

5c2201583a3e816d056741c077d1e43a
Hassan Karim

“Jawapan (Lim) bagus, tapi bolehkah kerajaan, dalam keadaan sekarang ini, berikan penjelasan yang jelas kepada rakyat sebelum mereka turun ke jalan raya?” katanya.

Lim kemudian secara berseloroh berkata dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu, dan membangkitkan pengumuman khas oleh hari ini berkaitan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat.

Himpunan Turun yang dijangka diadakan bermula pada jam dua petang Sabtu ini merupakan kemuncak kepada siri himpunan kecil yang telah diadakan di beberapa lokasi sebelum ini.




Source link