Malaysia Oversight

Muktamar lalu lulus PAS jadi pengerusi PN

By MkiniBM in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Muktamar lalu lulus PAS jadi pengerusi PN


Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Yassin sebagai pengerusi gabungan itu pada 1 Jan lepas.

Beliau berkata resolusi Muktamar sebelum ini telah meluluskan usul supaya parti itu menerajui gabungan berkenaan.

“Itu resolusi Muktamar untuk (PAS) jadi pengerusi (PN),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di Marang hari ini.

Belum dapat jemputan mesyuarat rasmi PN

Ditanya mengenai kedudukan yang masih kekal sebagai pengerusi PN sehingga kini, Abdul Hadi menegaskan tiada keputusan berhubung perkara selain menyatakan PAS sudah mempunyai calon untuk jawatan berkenaan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Marang itu berkata setakat ini PAS masih belum menerima sebarang jemputan berkenaan mesyuarat rasmi PN bagi membincangkan pelantikan pengerusi PN baru.

2ae6667e1a3ecdbedd855ce8b34284dc
Gambar fail, sidang media pemimpin PN.

Kelewatan mesyuarat bagi pelantikan jawatan Pengerusi PN berpunca daripada urusan pengurusan dan pentadbiran dalam gabungan itu, namun ia dijangka dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

“Dalam seminggu dua lagi (pelantikan pengerusi PN) dan kita pun dah nak menghadapi pilihan raya,” katanya.

– Bernama



Source link