Semua Pusat Beli-Belah Diwajibkan Sedia Fasiliti Kitar Semula Berkuat-kuasa 1 Januari 2026
July 23, 2025
•
Aman
Kerajaan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan kini mengumumkan semua pusat beli-belah wajib untuk sediakan fasiliti kitar semula pada bangunan masing-masing, berkuat-kuasa 1 Januari 2026.
Mana-mana pusat beli-belah yang tidak mempunyai fasiliti kitar semula ini tidak akan diberikan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Langkah baharu ini dilihat selari dengan usaha mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna, selain merupakan usaha proaktif dalam pengurusan sisa sampah di Malaysia.
Bersama-sama ini juga, ia tuurt dikongsikan yang mana kini mahkamah boleh mengeluarkan perintah khidmat masyarakat terhadap kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam – oleh sesiapa.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.