Malaysia Oversight

Siri Akan Menjadi Chatbot Menerusi Kemaskini iOS 27

By Amanz in January 22, 2026 – Reading time 1 minute
Siri Akan Menjadi Chatbot Menerusi Kemaskini iOS 27


Siri Akan Menjadi Chatbot Menerusi Kemaskini iOS 27

January 22, 2026

Effi Saharudin

Hakikatnya pada ketika ini Siri ialah pembantu maya yang paling mengecewakan pada telefon pintar kerana kurangnya ciri jika dibandingkan dengan Google Assistant dan apatah lagi dengan Google Gemini. Walaupun ia adalah pembantu maya yang terawal, seakan tidak tahu apa yang perlu ditambah dengan ciri baharu yang dijanjikan sejak setahun lalu ditangguh kerana isu dengan Intelligence.

iOS 18.2 Apple Intelligence Siri ChatGPT Amanz

Mark Gurman di Bloomberg pagi ini melaporkan, antaramuka siri akan dikemaskini kelak untuk kelihatan seperti sebuah Chatbot. Langkah yang tidak mengejutkan jika melihat populariti ChatGPT dan Gemini sekarang. Siri baharu ini dibangunkan menggunakan nama kod Campos dengan telahpun diuji oleh kakitangan Apple secara dalaman. Selain di , Campos turut akan diberikan pada peranti iPadOS 27 dan macOS 27.

Antara yang boleh dilalukan oleh Campos melakukan carian laman web, meringkaskan maklumat, menganalisa fail yang dimuat naik, melakukan carian daripada fail peribadi dan menjana imej secara terus. Semua ciri ini sudahpun wujud di Gemini maka tidak mengejutkan ia tiba juga ke Siri. Minggu lalu Apple bersetuju menggunakan Gemini sebagai model asas untuk Apple Intelligence.

Maklumat lebih lanjut mengenai Siri Campos dipercayai akan dikongsi oleh Apple di acara WWDC pada bulan Jun depan.



Source link