Malaysia Oversight

OnePlus Mengeluarkan Kenyataan Mengenai Khabar Angin Penutupan

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
OnePlus Mengeluarkan Kenyataan Mengenai Khabar Angin Penutupan


OnePlus Mengeluarkan Kenyataan Mengenai Khabar Angin Penutupan

January 21, 2026
Lain-lain
OnePlus

Amy Maizuraa

OnePlus tampil menafikan khabar angin yang mendakwa syarikat itu bakal ditutup. Melalui kenyataan rasmi di platform X Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus India, Robin Liu menegaskan bahawa laporan yang tular adalah tidak benar dan operasi syarikat akan diteruskan seperti biasa.

OP Statement 1

Laporan awal daripada pihak tertentu sebelum ini mencetuskan kebimbangan apabila mendakwa OnePlus sedang dibubarkan. Namun, kenyataan rasmi daripada Liu menolak sepenuhnya dakwaan tersebut dan memberi jaminan bahawa syarikat akan terus beroperasi tanpa sebarang gangguan.

Pete Lau
Pete Lau

Jika diteliti daripada perkembangan semasa, OnePlus sebenarnya sedang berdepan dengan beberapa cabaran besar. Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus China, Pete Lau baru-baru ini dikenakan waran tangkap di Taiwan atas tuduhan pengambilan pekerja secara tidak sah. Sementara itu, menurut laporan Omdia Research juga jualan OnePlus pada tahun 2024 turut mencatatkan penurunan sebanyak mencapai 20%.

OnePlus 15 G
OnePlus 15

Bagi menyesuaikan strategi ini, OnePlus telah melancarkan OnePlus 15 dengan fokus terhadap prestasi berbanding kamera. Hal ini berbeza dengan siri Oppo Find X9 yang lebih memberi fokus pada sistem kamera. Namun, pendekatan ini sebenarnya membolehkan OnePlus menawarkan harga lebih rendah di pasaran global.

Setakat ini, hanya pihak OnePlus India yang mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut manakala Oppo masih berdiam diri tanpa sebarang maklum balas.



Source link