Malaysia Oversight

Garmin Melancarkan Jam Tangan Khusus Golf Untuk Kanak-Kanak – Approach J1

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 2 minute
Garmin Melancarkan Jam Tangan Khusus Golf Untuk Kanak-Kanak – Approach J1


Garmin Melancarkan Jam Tangan Khusus Golf Untuk Kanak-Kanak – Approach J1

January 21, 2026
Jam
Peranti Boleh Pakai

Amy Maizuraa

Garmin sedia hadir dengan siri jam tangan pintar Approach yang memfokuskan terhadap sukan golf. Kini, mereka meluaskan penawaran tersebut kepada golongan kanak-kanak melalui model baharu Approach J1. Jam ini direka khusus untuk pemain muda dan juga sesuai digunakan oleh mereka yang baru mula menceburi sukan golf sejak kecil.

Garmin Approach J1 02

Garmin Approach J1 direka khusus untuk pergelangan tangan bersaiz antara 115 hingga 195mm. Ia menggunakan paparan AMOLED beresolusi 390 x 390 piksel yang dipadankan dengan kaca hadapan tahan lasak serta bezel anodized aluminum. Pada bahagian sisi kanan, ia dilengkapi dengan dua butang kawalan yang berfungsi dengan cara menekan semata-mata. Selain itu, ia ditawarkan dengan tali jenis elastic fabric hook dan turut disertakan tali fluorelastomer tambahan bersaiz 20mm di dalam kotak pembelian.

Garmin Approach J1 01
Garmin Approach J1 03

Garmin Approach J1 ini menyokong pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan melalui sensor terbina seperti Running Features, Golfing Features, Step Counter serta mod untuk aktiviti luar seperti larian dan berbasikal. Bagi kegunaan golf, paparan jam memberi tumpuan kepada maklumat penting bagi bantu pengguna membuat keputusan dengan lebih mudah. Ia turut hadir dengan lebih 43,000 padang golf (pre-load) di seluruh dunia sekali gus membolehkan mereka merekod skor terus pada jam selepas setiap lubang.

Garmin Approach J1 10
Garmin Approach J1 09

Selain daripada itu, Approach J1 juga mempunyai ketahanan air dengan penarafan 5 ATM, sokongan jangka hayat bateri sehingga 15 jam dalam mod GPS serta menyokong aplikasi Garmin Golf untuk semakan skor, par peribadi dan masa permainan. Harga jualan rasmi Approach J1 ialah $299.99 USD (~RM 1,216) seutas.

Garmin Approach J1



Source link