Netflix Akan Mengembangkan Penstriman Permainan Video dan Lancar Antaramuka Baharu Tahun Ini
Effi Saharudin
Netflix telah menguji ciri penstriman permainan video sejak 2023 dengan ia hanya diberikan di beberapa negara sahaja. Pagi ini dalam sesi soal jawab selepas membentangkan laporan kewangan syarikat untuk Q4 2025, CEO bersama Greg Peters mengatakan tahun ini Netflix akan mengembangkan lagi penawaran penstriman permainan video kepada pelanggan.

Selain sekitar 14 permainan yang boleh distrim sekarang, Netflix akan menawarkan permainan FIFA baharu juga tahun ini. Beliau tidak menyatakan bilakah ciri ini akan dikembangkan tetapi dengan Pial Dunia 2026 akan berlangsung pada bulan Jun, bolehlah diramalkan permainan ini akan ditawarkan semasa temasya sukan bola sepak terbesar dunia ia berlangsung.
Selain itu Peters juga mengatakan antaramuka aplikasi telefon pintar akan turut menerima kemas kini tahun ini selepas ia diberikan kepada aplikasi TV tahun lalu. Antaramuka baharu akan menyokong lebih banyak kandungan video menegak khususnya dalam format video podsiar dan ia kini sudahpun diuji oleh Netflix sebelum diberikan kepada semua.





