Malaysia Oversight

‘Umno boleh tembus 40 kerusi jika tinggalkan PH, berpakat dengan PN’

By MkiniBM in January 20, 2026 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


mendakwa berpotensi memenangi lebih 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang sekiranya parti itu memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), berbanding meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari berkata, berdasarkan kira-kira mudah keputusan PRU15 lalu, gabungan undi dan PN boleh memberikan kelebihan ketara kepada Barisan Nasional (), khususnya di kerusi-kerusi marginal yang kini dikuasai PH.

905ffe7d3c4d537ba1f06f6f2631f0ac
Ahmad Fadhli Shaari

Dalam kenyataannya hari ini, Fadhli menegaskan yang hanya memenangi 26 kerusi pada PRU15 boleh menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi jika “Kolaborasi Agung” dan “Rumah Bangsa” yang digagaskan presidennya dilaksanakan bersama PN.

“Walaupun kira-kira pilihan raya tidak seperti kira-kira asas matematik, tetapi sudah difahami dengan jelas bahawa pengundi PN boleh mengundi seperti yang berlaku di siri-siri PRK selepas PRU2018.

“Ia dengan ketara berlaku di PRK Cameron Highland dan PRK Tanjung Piai,” katanya.

Fadhli seterusnya menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen yang dimenangi PH tetapi berpotensi dimenangi Umno jika undi BN dan PN digabungkan.

Antara yang disenaraikan adalah Lembah Pantai, Sungai Buloh, Hulu Langat, Sekijang, Ledang, Sri Gading, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Johor Bahru.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menggunakan Johor Bahru sebagai contoh, dengan menunjukkan potensi kemenangan jika kedua-dua parti itu berkerjasama.

“Ambil contoh Johor Bahru yang dimenangi oleh calon PH (Akmal Nasir) pada PRU15 dengan 43,252 undi, manakala calon Umno (Johan Ropi) memperoleh 27,211 undi dan calon PN (Mohtaj) memperoleh 22,075 undi.

“Namun dalam senario akan datang, sekiranya undi Umno dicampur dengan PN, jumlahnya menjadi 49,286 undi, sekali gus mengatasi undi PH dan membolehkan kerusi ini dimenangi oleh gabungan tersebut,” katanya.

cc1d2e663b21c2749c830d7d728e7c87

Selain kerusi Umno, turut mendakwa beberapa kerusi tradisi BN yang ditandingi MCA dan seperti Bentong, Labis dan Sungai Siput juga boleh dirampas semula jika wujud kerjasama BN–PN.

Menurut Fadhli, strategi gabungan PH-BN pula berdepan masalah penerimaan pengundi akar umbi, yang menurutnya telah terbukti pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 2023 apabila sebahagian pengundi BN menolak kerjasama tersebut.

“Secara realitinya, pengundi BN sebenarnya lebih mudah untuk mengundi gabungan BN-PN berbanding gabungan PH-BN dengan sentimen dan semangat yang sama.

“Justeru, Kolaborasi Agung dan Rumah Bangsa perlu digagaskan ke arah kerjasama politik yang boleh membuka ruang luas untuk memenangi PRU16, bukannya menjadikan Umno dan BN semata-mata alat kepada PH,” katanya.

822833e24af84b27361f6c0483a45a38
Ahmad Zahid Hamidi

Pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan jawatankuasa penyatuan ‘rumah bangsa’ untuk menerima penyertaan semula bekas ahli-ahli parti dan ‘kolaborasi agung’ melibatkan kerjasama parti-parti politik Melayu- di Malaysia.

Semalam, Ahmad Fadhli mendakwa cadangan ‘kolaborasi agung’ dan ‘rumah bangsa’ oleh Umno sebagai tidak menyakinkan walaupun hebat kedengaran dari segi istilahnya.



Source link