
Dr. Gladys West, Pengasas Teknologi Penjejakan GPS Meninggal Dunia Pada Umur 95 Tahun
Nazrin
Salah satu teknologi yang paling banyak digunakan hari ini ialah teknologi penjejakan Global Positioning System atau lebih dikenali sebagai GPS sebagai cara untuk mengetahui lokasi sesuatu tempat, individu ataupun hala-tuju laluan.
Apa yang diketahui oleh umum mengenai teknologi ini ialah ia dibangunkan terlebih dahulu oleh DARPA (Defense Advanced Research Projects Agency) oleh pihak ketenteraan Amerika Syarikat sebelum penggunaannya diperluaskan kepada pengguna biasa. Tetapi tahukah anda siapa yang membangunkan asas tunjang teknologi ini?
Individu tersebut ialah Dr. Gladys West, seorang ahli matematik yang merupakan graduan Virginia State College dan telah mendapatkan ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang matematik. Pada tahun 1956, beliau bekerja di Naval Surface Warfare Center di Dahlgren, Virginia dan telah bertanggungjawab untuk membina model bentuk bumi berdasarkan imej dan data yang dikumpul oleh satelit di angkasa lepas.
Model yang dibina ini kemudiannya menjadi asas kepada teknologi Global Positioning System (GPS) yang digunakan oleh pihak DARPA dan kemudiannya pengguna-pengguna biasa hari ini.
Dr. Gladys West telah disahkan meninggal dunia pada 19 Januari 2026 pada umur 95 tahun.





