Malaysia Oversight

Akmal bidas Tan: ‘Sembang kencanglah lu’

By MkiniBM in January 20, 2026 – Reading time 2 minute
Akmal bidas Tan: 'Sembang kencanglah lu'


membidas Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng kerana mengkritik keras Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi sebagai liabiliti gabungan itu.

Ketua Pemuda Akmal Saleh menggesa Tan mencadangkan MCA keluar sekiranya benar-benar tidak berpuas hati dengan kepimpinan sedia ada.

“Kalau rasa pengerusi adalah liabiliti, baik kamu cadangkan kepada MCA untuk keluar saja dari BN. 

“Dan jika MCA tidak bersetuju, kamu sahaja yang keluar dari MCA,” kata Akmal.

Tan semalam menggesa Ahmad Zahid menilai semula kepimpinannya selepas mendakwa pengerusi BN itu menjadi liabiliti terbesar kepada BN.

Kenyataan keras itu dibuat susulan kenyataan Ahmad Zahid bahawa wujud “Pasukan B” dalam DAP – rakan kerjasama dalam sebelum ini – dan kemudian menariknya balik selepas disanggah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

‘Sembang kencanglah lu apek’

Menulis di media sosial, Akmal mempersoalkan pengaruh Tan, sambil membangkitkan keputusan pilihan raya pemimpin itu.

“Kamu bertanding pun kalah dengan majoriti besar, sembang kencanglah lu apek,” katanya dengan nada merendah-rendahkan Tan.

Akmal malah menyenaraikan semula keputusan pilihan raya Tan di Padang Lalang pada pada 2004, 2008 dan 2013 serta Machang Bubuk pada 2018.

71f022a754789ee8952f02631b7700f9

Ia menunjukkan pengurangan sokongngan kepada Tan dari 51.83 peratus pada 2004 kepada hanya 14.73 peratus pada 2018.

“Ni saya sertakan keputusan pilihan raya yang kamu bertanding, baru kamu boleh sedar siapa liabiliti yang sebenar.

“Kepada Presiden MCA Wee Ka Siong, tolong bagi cermin pada dia ya nanti,” sindir pemimpin muda lantang itu.

Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung (PAU) minggu lepas cuba menenangkan komponen BN–MCA dan –dengan menyeru mereka berhenti “merajuk” dan kembali memperkukuh gabungan lima dekad itu.

MCA dan sudah beberapa kali menyatakan rasa tidak senang kepada kepimpinan Umno serta dalam pelbagai isu.

MCA pada 7 Dis tahun lalu memberi amaran kepada BN agar tidak meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan.

Keresahan itu dinyatakan ketika tiada mana-mana pemimpin parti terbabit dilantik menyertai kabinet kerajaan.



Source link