Malaysia Oversight

MCMC siasat isu kesilapan terjemahan China Press

By MkiniBM in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
MCMC siasat isu kesilapan terjemahan China Press


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung isu kandungan dalam talian terbitan Press yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen semalam, kata Menteri Komunikasi Datuk Fadzil.

Beliau berkata siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu peruntukan berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran awam atau menjejaskan keharmonian.

berkata siasatan itu dijalankan susulan aduan rasmi yang dibuat oleh orang awam.

“Sekiranya ada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak, perkara tersebut adalah berasingan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa Majlis Media Malaysia, sebagai sebuah badan bebas memainkan peranan yang telah diperuntukkan.

Menurut , hal itu bagi memastikan pematuhan etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab dan tepat, serta menjadi platform pengawalseliaan kendiri bagi menangani aduan dan isu berkaitan media secara profesional dan berintegriti.

“Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen yang melampau atau bersifat fitnah, khususnya melalui media sosial serta sentiasa menghormati institusi raja dan memberi ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan,” katanya.

Dilaporkan kesilapan terjemahan titah Seri Paduka Baginda itu adalah berhubung Bahasa Melayu.

– Bernama



Source link