Malaysia Oversight

Pengesahan eKYC Diperlukan Untuk Pembelian Dan Langganan Sony PlayStation Menggunakan ShopeePay Kelak

By Amanz in January 19, 2026 – Reading time 1 minute
Pengesahan eKYC Diperlukan Untuk Pembelian Dan Langganan Sony PlayStation Menggunakan ShopeePay Kelak


Pembelian dan bayaran langganan pada platform permainan video Sony PlayStation boleh dilakukan melalui pembayaran melalui kad debit, kredit, kupon pembelian dan juga dompet digital ShopeePay.

image 60

Untuk langkah terakhir tersebut, TechNave baru-baru ini telah melaporkan bahawa bermula 22 Januari 2026, pelanggan akan perlu melengkapkan langkah eKYC (electronic Know Your Customer) sebelum mereka dibenarkan untuk meneruskan pembayaran melalui dompet digital tersebut.

Perkara ini diperlihatkan melalui emel yang dihantar kepada akaun penulis di TechNave yang mungkin sebelum ini menggunakan ShopeePay untuk membeli permainan ataupun melanggan perkhidmatan PlayStation Plus.

image 57
image 58

Melalui emel tersebut, pengesahan perlu dilengkapkan menjelang 22 Januari ini, dan jika tidak, sebarang pembayaran percubaan pembayaran menggunakan ShopeePay tidak akan berjaya. Ini termasuklah pembayaran langganan automatik yang telah ditetapkan sebelum ini, khususnya untuk langganan PlayStation Plus. Proses tersebut akan perlu dilengkapkan, jika tidak pembayaran tidak akan diluluskan.

Jika anda menggunakan dompet digital ShopeePay untuk membayar pembelian permainan video ataupun langganan pada platform PlayStation Store, saranan kami ialah untuk melengkapkannya secepat yang mungkin.

TechNave



Source link