Xiaomi, Oppo, Vivo, dan Transsion Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Peranti Disebabkan Kekurangan Komponen
Effi Saharudin
Keperluan NAND oleh industri pusat data kecerdasan buatan (AI) telah menyebabkan harga jualan RAM dan SSD meningkat sehingga lebih 40% dalam masa beberapa bulan sahaja. Banyak pengeluar perkakasan elektronik mengeluarkan amaran harga jualan peranti mereka akan meningkat tahun ini bagi menanggung kos. Menurut media China, Xiaomi, Oppo, Vivo, dan Transsion akan mengurangkan pengeluaran peranti sepanjang 2026 disebabkan kekurangan komponen.

Yang terkesan ialah peranti kelas pertengahan dan mampu milik kerana tumpuan akan diberikan kepada peranti mercu sahaja. Keempat-empat pengeluar diramalkan mengurangkan pengeluaran peranti mereka antara 10-20% sepanjang tahun ini.
Walaupun kenyataan rasmi belum lagi dikeluarkan, ia selari dengan situasi pasaran dimana industri pusat data akan mengambil 70% pengeluaran memori global tahun ini dengan isu kekurangan komponena hanya dijangka selesai pada tahun 2029.





