Malaysia Oversight

Anwar jalani pemeriksaan di Hospital Serdang, kesihatan memberangsangkan

By MkiniBM in January 19, 2026 – Reading time 1 minute
Anwar jalani pemeriksaan di Hospital Serdang, kesihatan memberangsangkan


Perdana Menteri Ibrahim hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. 

Keputusan pemeriksaan tersebut mengesahkan tahap kesihatannya memberangsangkan dan boleh meneruskan tugasan rasmi seperti yang telah dijadualkan, kata pengarah hospital Farique Rizal Abdul Hamid 

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan perdana menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya.

Kenyataan itu turut dimuat naik oleh media sosial selain gambar bersamanya dengan kakitangan hospital.



Source link