
Asus Tidak Akan Tambah Barisan Model Telefon Pintar Baharu – Akan Fokus Integrasi AI Pada Peranti
Aman
Asus melalui acara dalaman syarikat yang diadakan baru-baru ini, dilihat mengesahkan tidak akan menambah model-model telefon pintar baharu dibawah portfolio mereka, sebaliknya akan mengekalkan yang sedia ada. Ini juga akan mengurangkan fokus syarikat berkenaan dalam arena telefon pintar.
Sebaliknya, Asus dilihat akan lebih memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan, dan peranti berasaskan AI. Ini termasuk komputer riba, penawaran produk perkomputeran, sistem pelayan perusahaan, dan juga robotik – yang mana semuanya akan ditambah dengan integrasi kecerdasan buatan. Asus dipetik mengatakan percaya akan produk dengan integrasi AI, dan juga peranti AI fizikal.
Untuk makluman, sebelum ini, beberapa tahun yang lepas, Asus turut pernah memfokuskan dalam arena kecerdasan buatan, tetapi ketika itu lebih memfokuskan kepada pengoptimasian sistem operasi dan telefon pintar – melabelkan pelbagai perkara sebagai kecerdasan buatan.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah Asus dalam arena ini, dan produk mereka dalam arena AI ini. Ia turut ditekankan yang mana Asus akan terus menyokong telefon pintar mereka, termasuk khidmat pelanggan seperti sedia ada.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





