Threads Mempunyai Lebih Banyak Pengguna Berbanding X Di Aplikasi Telefon Pintar
Effi Saharudin
Mana satu lebih popular, X (dahulunya Twitter) atau Threads? Yang kami tahu di Malaysia, Threads lebih popular kerana ia memberikan keutamaan kepada topik perbualan dan kandungan tempatan tanpa dicemari kandungan sampah politik petani kemarahan Amerika Syarikat. Menurut data terkini Similarweb, pada awal bulan ini Threads mempunyai 141.5 juta pengguna aktif harian (DAU) di aplikasi telefon pintar berbanding X yang mempunyai 125 juta DAU.

Sementara itu jika data penggunaan menerusi laman web sahaja diambil, Threads mempunyai 7.7 jua DAU berbanding X dengan 140.7 juta DAU. Walaupun X masih lagi mempunyai lebih banyak DAU secara keseluruhan, penggunaannya di aplikasi telefon pintar kini telah dipintas oleh Threads.
Peningkatan penggunaan Threads dipacu oleh kontroversi Grok menjadi imej lucah tanpa kebenaran di X sehingga ia disekat di beberapa negara seperti Malaysia dan Indonesia. Siasatan juga telah dilakukan sehingga Grok terpaksa mematikan ciri janaan imej yang tidak senonoh kepada semua pengguna minggu lalu bagi mengelakkan mereka disaman.





