Malaysia Oversight

Bekas Adun dikait rasuah dilantik pengerusi GLC minyak, gas Sabah

By MkiniBM in January 18, 2026 – Reading time 3 minute
Bekas Adun dikait rasuah dilantik pengerusi GLC minyak, gas Sabah


Seorang lagi bekas Sabah telah dilantik ke jawatan kanan dalam sebuah syarikat milik negeri, walaupun dikaitkan dengan skandal rasuah besar membabitkan lesen carigali mineral.

Media Sabah melaporkan bekas timbalan ketua menteri III, Shahelmey Yahya, telah dipilih sebagai pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC), satu jawatan yang dilaporkan setaraf peranan menteri.

Menurut laporan, SOGDC memaklumkan pelantikan ahli parlimen Putatan itu dijangka dapat memperkukuh hala tuju strategik syarikat berkenaan.

Berikutan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap skandal tersebut, bekas penolong menteri Andi Suryady Bandy, bekas Sindumin Yusof Yacob, serta ahli perniagaan kontroversi Albert Tei telah didakwa di mahkamah pada Jun tahun lalu.

d389c8384b9d8abd714a6b58b53a6527

Turut dikaitkan dalam skandal itu ialah Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Rubin Balang, serta Menteri Tempatan dan Perumahan Arifin Arif, yang juga menantu kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman.

Selain itu, Shahelmey, Tempasuk Arsad Bistari, Adun Kuamut Masiung Banah, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Kadzim Yahya turut dikaitkan.

Tei turut menamakan beberapa pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (Star), termasuk Presidennya Jeffrey Kitingan, bekas timbalan presiden Ellron Alfred Angin dan Robert Tawik, bekas presiden Star Maximus Ongkili, serta ahli politik veteran Jahid Jahim.

Pelantikan Shahelmey itu dibuat hanya beberapa hari selepas Yusof dilantik sebagai pengerusi baru Sabah Development Bhd (SDB).

2bac7babb962c171fac3f819c51d9097

Malaysiakini telah menghubungi Shahelmey dan sedang menunggu maklum balasnya.

Yusof (gambar atas) memulakan tugasnya di pejabat SDB di Menara Kinabalu pada 13 Jan, menurut hantaran di laman Facebook dia.

SDB merupakan syarikat berkaitan (GLC) di bawah Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan Sabah.

Pada 30 Jun tahun lalu, Yusof, yang sebelum ini merupakan pengerusi cabang pelaburan kerajaan negeri Qhazanah Sabah Bhd, didakwa menerima wang tunai RM200,000 daripada Tei.

b55d16b0dc19dcdccc3a7e2f54f0eb71

Suapan itu didakwa bertujuan membantu memproses permohonan lesen carigali bagi Syarikat Nusa Kini Sdn Bhd, dan didakwa diterima di bar atas bumbung Hotel Hilton di Kota Kinabalu pada 6 Mac 2023.

Andi pula dituduh menerima wang tunai RM150,000 daripada Tei bagi membantu memudahkan permohonan lesen carigali untuk Syarikat Sinaran Hayat Sdn Bhd.

Kesalahan yang didakwa itu berlaku pada 12 Mei 2023 di kediaman bekas Adun berkenaan di Jalan Pantai Sembulan, Kota Kinabalu.

Tei, yang merupakan pemberi maklumat dalam kes itu, didakwa atas dua pertuduhan menawarkan rasuah kepada Adun-Adun berkenaan di bawah peruntukan undang-undang yang sama, Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

d2f9dce0527ab8ac1759f1d8e0893aff

Pada 6 Jan, Tei mencabar Perdana Menteri Ibrahim untuk membuktikan komitmen dia dalam memerangi rasuah dengan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik lain yang dikaitkan dalam skandal perlombongan di Sabah.

Dia turut mempersoalkan kredibiliti agenda reformasi , sambil menyatakan bahawa walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, setakat ini hanya dua daripada 15 ahli politik yang dikaitkan telah didakwa di mahkamah.

[Baca berita asal]



Source link