Netflix Menggunakan Runway AI Untuk Menjana Kesan Khas
July 22, 2025
•
Effi Saharudin
Semalam kami laporkan Netflix mengaku sudah mula menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif untuk menghasilkan kesan khas dalam kandungan keluaran mereka. The Eternauts ialah kandungan pertama menggunakan AI generatif menghasilkan babak bangunan roboh yang menurut CEO Netflix adalah 10 kali ganda lebih pantas dan lebih murah berbanding kesan khas tradisional.

Bloomberg pagi ini melaporkan, Netflix menggunakan model yang dihasilkan oleh Runway AI. Selain Netflix, Disney juga dilaporkan telah menguji penggunaan Runway AI tetapi menurut jurucakap syarikat tiada perancangan menggunakannya buat masa ini.
Runway telahpun menandatangani kerjasama dengan Lionsgate tahun lalu. Setakat tidak didedahkan sama ada AI telah digunakan dalam produksi studio yang menerbitkan siri filem John Wick, The Hunger Games, Twilight dan The Expendables. Runway AI terjebak dalam kontroversi tahun lalu kerana model AI mereka dilatih menggunakan video Disney, Nintendo, Rockstar Games, Netflix dan MKBHD secara haram.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.