Malaysia Oversight

UMNO cadang kolobrasi agung parti Melayu Islam 

By Utusan in January 17, 2026 – Reading time 2 minute
UMNO cadang kolobrasi agung parti Melayu Islam 


KUALA LUMPUR: mencadangkan gabungan besar satu dengan melibatkan kerjasama semua parti politik berteraskan Melayu di seluruh negara.

Presiden , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kolaborasi ini tidak bertujuan untuk menggugat Perpaduan yang sedia ada sebaliknya, ia dicadangkan sebagai satu usaha penyatuan yang matang, berhemah dan berpaksikan kepentingan agama serta bangsa.

“Matlamat utama kolaborasi agung ini adalah untuk  menyatukan roh dan perjuangan parti-parti Melayu dalam satu kerangka yang lebih besar dan inklusif.

“Tiada mana-mana parti akan dibubarkan atau dipaksa meninggalkan identiti masing-masing. Sebaliknya, semua parti akan bergabung dan bergerak bersama secara tidak rasmi sebagai langkah awal ke arah pembentukan satu gabungan besar,” katanya ketika ucapan Penggulungan Presiden Sempena Perhimpunan Agung 2025 di sini hari ini. 

Ahmad Zahid berkata, kerjasama ini dicadangkan bermula dari peringkat jawatankuasa, seterusnya diperluaskan ke Mesyuarat Nasional dan Majlis Perundingan Ummah. 

Menurutnya, pendekatan ini diharap dapat menyatukan kekuatan tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan asal setiap parti dengan mengetepikan perbezaan warna dan lambang parti demi kepentingan dan Melayu, serta membawa satu suara dan satu pendirian yang lebih kukuh di peringkat nasional.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim tidak perlu bimbang, kerana usaha ini tidak mempunyai agenda ‘tebuk atap’ atau sebarang niat untuk menjatuhkan . Ia semata-mata bertujuan menterjemahkan keikhlasan UMNO untuk merangkul semua parti Melayu dan Islam demi memperjuangkan agenda Islam dan Melayu secara bersatu.

“Dengan kolaborasi ini, diharapkan isu-isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu dapat dibawa secara bersama, tersusun dan lebih berkesan demi masa depan negara,” jelasnya.-UTUSAN





Source link