Malaysia Oversight

Wakil Perak mahu Akmal terus bersilat dalam gelangang

By MkiniBM in January 17, 2026 – Reading time 1 minute
Wakil Perak mahu Akmal terus bersilat dalam gelangang


PAU 2025 | Seorang perwakilan Perak memuji sayap pemuda parti itu dan ketuanya, Dr Akmal Saleh, kerana berani menentang “sikap biadab” sesetengah pihak.

Dalam ucapannya, Azhar Ahmad berkata, Pemuda telah melakukan perkara yang betul apabila menegur mereka yang bersikap biadap.

Dia merujuk kepada insiden ketika Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Yeo Bee Yin, meraikan keputusan mahkamah menolak permohonan bekas perdana menteri untuk menjalani tahanan rumah.

“Pemuda dah main peranan dah.

“Mana boleh tuan-tuan dan puan-puan, rumah kita ada kematian, sebelah rumah tu buat dangdut, boleh tak? Tak boleh.

“Sedang kita berduka dengan bekas presiden kita yang dihukum sebegitu rupa,” kata Azhar ketika membahaskan ucapan dasar presiden pagi ini.

Ketua Bahagian Umno Beruas itu berkata, tiada sesiapa lagi boleh diharapkan dalam Umno jika tiada pemimpin pemuda berani seperti Akmal.

Dia turut menasihati Akmal, yang baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai exco Melaka, untuk terus mempertahankan prinsipnya.

“Kalau Pemuda tidak ada seberani Akmal ni, siapa lagi kita harapkan.

“Pemuda sifatnya begitu. Kepada Akmal satu saja saya nak pesan, kalau berjuang bersilat, jangan bersilat luar gelanggang.

“Pantang Melayu bersilat luar gelanggang. Bersilat dalam gelanggang, biar mati dalam gelanggang, itulah sikap Melayu yang sebenar,” ujarnya.



Source link