
Netflix dan Sony Pictures Entertainment (SPE) telah menandatangani perjanjian Pay-1 baru yang memberi pihak Netflix hak eksklusif untuk menstrim kandungan filem Sony Pictures Entertainment setelah filem-filem tersebut tamat tempoh tayangan di pawagam filem.
Perjanjian ini dilaporkan adalah untuk selama beberapa tahun dan membolehkan Netflix untuk menstrim semua filem-filem SPE secara global. aPerjanjian ini akan berkuat-kuasa secara beransur-ansur bermula akhir tahun ini, dengan ketersediaan global penuh di Netflix pada awal tahun 2029. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Netflix juga akan diberi hak untuk memilih dan melesenkan tajuk filem dan siri televisyen keluaran SPE.
Perjanjian terbaru ini nampaknya adalah sebuah kemaskini kepada perjanjian Pay-1 sedia ada diantara kedua-dua syarikat ini untuk pasaran Amerika Syarikat, Jerman dan rantau Asia Tenggara. Seperti yang dikatakan, perjanjian baru ini akan meliputi seluruh dunia, membolehkan Netflix untuk menstrim filem dan siri televisyen SPE tidak kira dimana sahaja.
Diantara filem-filem yang akan ditayangkan di Netflix selepas pemeteraian perjanjian ini adalah seperti The Nightingale, Buds, The Legend of Zelda dan Spider-Man: Beyond the Spider-Verse.






