Malaysia Oversight

Bonggol Kamera Realme 16 Tertiris Dengan Cermin Kecil Untuk Swafoto

By Amanz in January 16, 2026 – Reading time 1 minute
Bonggol Kamera Realme 16 Tertiris Dengan Cermin Kecil Untuk Swafoto


Bonggol Kamera Realme 16 Tertiris Dengan Cermin Kecil Untuk Swafoto

January 16, 2026
Realme

Amy Maizuraa

Awal bulan lalu, Realme memperkenalkan model Realme 16 Pro kemudian model asas Realme 16 muncul di peruncit dalam talian Vietnam. Hal ini sekali gus memberi gambaran jelas tentang telefon bajet tersebut yang turut menawarkan sokongan rangkaian 5G.

realme 16 5G 8

Seperkara yang menarik perhatian ialah bonggol kamera belakang yang menyerupai rekaan Google Pixel diikuti konsep baharu ‘Selfie Mirror’ yang membolehkan gambar swafoto menggunakan kamera utama tanpa skrin tambahan di bahagian belakang. Ciri ini tentu menarik minat penggemar swafoto khususnya wanita yang juga terdapatnya gelung lampu di tepi berkemungkinan berfungsi sebagai LED Flash untuk tangkapan gambar malam.

realme 16 001 1

Realme 16 5G boleh hadir dalam pilihan warna putih dan hitam dengan kemungkinan lebih banyak warna ditawarkan kemudian. Ia juga mungkin dilengkapi skrin AMOLED 6.67 inci FHD+ 120Hz, dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 6400 serta disokong bateri besar 7000mAh.



Source link