Malaysia Oversight

Mesyuarat khas MKT UMNO bincang usul sayap parti

By TheSun in January 16, 2026 – Reading time 1 minute
Mesyuarat khas MKT UMNO bincang usul sayap parti


Mesyuarat Khas MKT bincang usul dari sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta persiapkan ucapan dasar Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini menerima dan mendengar laporan daripada wakil-wakil MKT ke Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri parti.

Setiausaha Agung Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata segala usul yang dibangkitkan perwakilan ketiga-tiga sayap itu turut dibincangkan.

“Satu lagi agenda yang penting adalah kita bincangkan tentang usul ucapan dasar Presiden UMNO yang akan dibentangkan esok,” katanya selepas mesyuarat di ibu pejabat parti.

BACA: Seruan pembaharuan dominan penutup Perhimpunan Agung UMNO

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahmad Zahid dijadual menyampaikan ucapan dasar Presiden esok.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung dari 14 hingga 17 Januari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur selepas ditangguhkan dua kali.

Sebanyak 6,412 perwakilan dari seluruh negara telah mendaftar melibatkan 2,928 orang bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025.

Ia turut melibatkan 1,165 perwakilan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 1,173 perwakilan Pergerakan Pemuda dan 1,146 perwakilan Pergerakan Puteri. – Bernama



Source link