Malaysia Oversight

Zahid mohon Agong ringankan hukuman Najib

By MkiniBM in January 16, 2026 – Reading time 2 minute
Zahid mohon Agong ringankan hukuman Najib


Presiden , Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka memohon Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Iskandar Shah agar memberikan keringanan hukuman terhadap bekas perdana menteri .

Ahmad Zahid berkata, dia tidak pernah melupakan Najib yang kini berada di sebalik tirai besi dan setia berhubung dengan bekas presiden itu.

tak pernah goyang bersama Datuk Najib. (Sokongan kepada Najib) tidak pernah berubah.

“Umno telah merafak sembah, menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong agar insan bernama diberikan ihsan, pertimbangan, dan keringanan untuk membolehkan beliau kembali ke pangkuan keluarga dan kami semua. Ampun tuanku,” katannya ketika ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid di awal ucapannya turut menyampaikan salam daripada Najib kepada kesemua perwakilan Umno.

“Beliau (Najib) sendiri menghubungi dalam kepayahan beliau…beliau menitipkan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada sidang perwakilan sekalian,” katanya.

Pada 26 Dis tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib bersalah atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kuasa dalam perbicaraan berkaitan skandal kewangan 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap Najib bagi pertuduhan salah guna kuasa, selain hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, bekas perdana menteri itu akan dikenakan tambahan hukuman penjara selama 10 tahun.

Bagaimanapun, semua tempoh hukuman penjara itu diperintahkan berjalan serentak, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara selama 15 tahun, yang akan mula dijalani selepas dia selesai menjalani hukuman penjara berkaitan kes SRC International.

Sebelum itu, pada 22 Disember, Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan Najib untuk menjalani tahanan rumah.

Hakim Alice Yoke memutuskan bahawa titah diraja berkaitan perkara tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang.

[Berita penuh menyusul]



Source link